6 Kesilapan Besar Pemimpin Dalam BerOrganisasi
- Admin
- Jan 3, 2018
- 1 min read

Sedarkah bahawa sebenarnya kita sering mengulangI kesilapan yang sama yang akhirnya memberi kesan negatif kepada organisasi? Apakah kesilapan tersebut?
1.Tidak memahami keseluruhan kerangka organisasi.
Sebagai pemimpin yang berdedikasi bertanggungjawab haruslah memahami keseluruhan aspek dalam organisasi yang dipimpin. Semua sudut harus dititik beratkan dari segi penelitian pada dokumen-dokumen lama, memahami latar belakang organisasi, mengerti core-business organisasi, peraturan-peraturan, kaedah pentadbiran, operasi dan aliran pengarahan.
2.Tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesilapan sendiri.
Kejayaan dan keberkesanan organisasi bergantung kepada pengurusan yang dipimpin oleh ketua. Sebarang kesilapan yang terjadi antara pekerja dan pekerja mahuoun prestasi syarikat bergantung kepada kerua. Maka sebagai ketua, anda perlulah berlapang dada mengetahui kesalahan anda dan memperbaiki bersama-sama pekerja.
3.Gagal membangunkan tenaga manusia.
Pemimpin organisasi disarankan menitik beratkan faktor pembangunan manusia khususnya program latihan teori dan praktikal yang konsisten, terancang, berperingkat dan berterusan. Menurut W. Steven Brown (Presiden Fortune Group di AS), antara tujuan utama pengurusan organisasi ialah; ‘to provide for the continuation of the business over time, personnel change and absence.’. Sekiranya dengan mengadakan pelbagai program untuk membantu pekerja semakain efisien dapat dicapai maka pengurusan organisasi tersebut semakin meningkat.
4.Mementingkan hasil semata
Dalam setiap usaha yang dilakukan mestilah mempunyai hasil. Namun jika hasil usaha yang dibuat tidak mempunyai kualiti yang bagus. Adakah ianya bagus?
5.Mengurus semua orang dengan cara yang sama.
Setiap pekerja mempunyai cara pendekatan yang berbeza. Sebagai pemimpin haruslah bijak mengendalikan pekerja yang mungkin seorang visual ataupun auditori mahupun kinestetik.
6.Terlalu menumpu pada masalah berbanding objektif.
Objektif hendaklah dicapai sekiranya sudah menetapkan sesuatu perkara. Sekiranya masalah berlaku sepanjang mengejar objektif tersebut, cepatlah kita menyelesaikan kekangan tersebut.
Jom kongsikan pendapat ANDA? Ayuh

Comments