top of page
Tentang Kami
myKAUNSELING merupakan laman web yang menyediakan khidmat kaunseling kepada masyarakat. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi kaunseling individu, kaunseling kelompok, aktiviti bimbingan dan konsultansi. Sebarang maklumat yang diperolehi secara lisan atau bertulis akan disimpan secara rahsia dan tidak akan sesekali disebarkan atau dibawa keluar. Keperluan kerahsiaan maklumat klien ini berdasarkan kod dan etika kerahsiaan Akta Kaunselor 580 1998. Maklumat ini akan disimpan secara selamat oleh kaunselor. Laman web ini juga menyediakan beberapa informasi terkini yang dapat memberi manfaat kepada pengunjung. Pengunjung juga dapat berinteraksi secara langsung dengan kaunselor bagi menyelesaikan persoalan ataupun isu yang dialami.
VISI
Menjadi konsultan pilihan unggul untuk merealisasikan impian melalui pemantapan dan potensi diri
MISI
1. Membantu individu dan organisasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengunjung laman web ini.
2. Membantu mengenali potensi dalam diri setiap individu dan meningkatkan kualiti dan prestasi kerja.
3. Meningkatkan sifat kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan berada pada tahap yang baik dan memuaskan.
Kaunselor Anda




Khairunnisa binti Abdul Jalil
khairunnisajalil@yahoo.com
Kaunselor Pelatih
Universiti Malaysia Sarawak


Siti Fatimah Zahrah binti Mohamaddillah
sf.zaramdillah@yahoo.com
Kaunselor Pelatih
Universiti Malaysia Sarawak
bottom of page