top of page
Search

Apa itu tekanan?

  • Writer: Admin
    Admin
  • Nov 24, 2017
  • 1 min read


Tekanan didefinisikan sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri disebabkan oleh bebanan yang ditanggungnya” (Dr. Hans Selye). Tekanan yang dihadapi ini akan mempengaruhi emosi, proses berfikir dan keadaan fizikal seseorang. Malaysia juga tidak terkecuali dalam menghadapi isu tekanan bahkan menurut pakar penyakit mental bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, pekerja di Malaysia iaitu seramai 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus populasi negara, menghidapi pelbagai masalah mental. Terdapat peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding tahun 2006.

Tanda-tanda seseorang mengidapi tekanan:-


1. FIZIKAL

Individu yang menghadapi tekanan akan mengalami keletihan, pening kepala, susah tidur, degupan jantung yang kuat, otot bahu menjadi tegang, tangan bertukar sejuk dan berpeluh.


2. PEMIKIRAN

Mudah hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, dan pemikiran yang celaru.


3. EMOSI

Sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, risau, mudah sensitif, dan panas baran.


4. PERLAKUAN

Makan berlebihan, merokok, minum arak, mengambil bahan terlarang, menjerit-jerit, dan bertindak agresif.



Kesan tekanan dalam pekerjaan :-

1. Kepuasan kerja rendah

2. Prestasi kerja yang menurun

3. Tidak mempunyai semangat kerja

4. Komunikasi tidak berjalan dengan baik

5. Melakukan tugas-tugas yang tidak produktif.

6. Kurangnya kreatif dan inovatif.



Sumber : Thye, L. L. (2017, April 16). Utusan Online. Retrieved Disember 8, 2017, from Mental masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia?: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mental-masalah-kesihatan-kedua-terbesar-di-malaysia-1.466149


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

myKAUNSELING

  • 2227
bottom of page